top of page
Search
  • Writer's pictureMessrs Irwan & Athira

FITNAH & VIRAL DI MEDIA SOSIAL (BAHAGIAN II)

Melalui rencana bertajuk “FITNAH & VIRAL DI MEDIA SOSIAL (BAHAGIAN I)” yang lepas, kami telah berkongsi mengenai apa itu “fitnah” dan langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya anda telah difitnah. Jadi, bagaimana pula jika anda telah dituduh memfitnah di media sosial?

 

Secara kebiasaannya, mangsa fitnah yang telah melantik peguam akan memberikan Notis Tuntutan kepada anda yang menyatakan bahawa anda telah mengeluarkan pernyataan fitnah terhadap beliau di media sosial anda dan seterusnya menuntut anda supaya:-


  1. membuat permohonan maaf secara terbuka;

  2. memadam dan/atau menarik balik pernyataan berbaur fitnah tersebut; dan

  3. membayar ganti rugi bagi kecederaan dan/atau kerosakan terhadap reputasi beliau, dalam tempoh yang dinyatakan.


Sekiranya anda telah menerima Notis Tuntutan daripada mana-mana firma guaman, jangan abaikan notis tersebut dengan harapan mangsa akan terus melupakan insiden yang telah berlaku tanpa sebarang tindakan lanjut.


Sekiranya anda abaikan Notis Tuntutan tersebut, mangsa fitnah tersebut berhak untuk meneruskan kes tersebut dan failkan saman di Mahkamah tanpa anda dapat menyatakan pendirian dan/atau penjelasan atau pembelaan anda terlebih dahulu.


Secara kebiasaannya, terdapat beberapa pembelaan yang boleh digunakan untuk membela diri anda sekiranya pernyataan tersebut bukanlah suatu fitnah seperti yang didakwa oleh mangsa atau Plaintif di dalam suatu kes saman fitnah di media sosial. Antara pembelaan-pembelaan utama terhadap kes saman fitnah di media sosial adalah seperti yang berikut:-

 

1. Justifikasi

Apabila pernyataan yang dibuat tersebut bukanlah suatu fitnah dan merupakan suatu fakta yang benar yang dapat dibuktikan.

 

2. Ulasan saksama (‘fair comment’)

Apabila pernyataan yang dibuat tersebut adalah ulasan dan/atau pendapat yang wajar dan jujur berkenaan sesuatu isu yang mempunyai kepentingan awam.


Oleh yang demikian, sekiranya anda telah menerima Notis Tuntutan, jangan panik, anda hanya perlu menghubungi dan/atau berunding dengan mana-mana peguam sivil dengan segera untuk mendapatkan nasihat guaman.

 

Akhir kata, sekiranya anda seorang yang aktif di media sosial, sentiasalah beringat dan berpegang kepada kata-kata “tidak pasti, tiada bukti, jangan kongsi”.

 

***Rencana ini merupakan suatu perkongsian untuk pengetahuan dan BUKAN bertujuan sebagai khidmat nasihat guaman. Sila dapatkan khidmat nasihat guaman daripada mana-mana peguam yang bertauliah dan berpengalaman, sekiranya perlu.

357 views0 comments

Recent Posts

See All

Sekiranya anda ditangkap oleh pihak polis, proses reman akan berjalan selama 24 jam dari waktu anda ditangkap. Jika pihak polis tidak dapat lengkapkan siasatan kes dalam tempoh tersebut, pihak polis w

Zaman beralih musim berubah, kini dunia amat bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam zaman segala-galanya di hujung jari, pengguna harus bijak dalam menapis segala informasi dan ken

Post: Blog2_Post
bottom of page