top of page
Search
Messrs Irwan & Athira

RISIKO DAPATKAN KUNCI RUMAH SUB-SALE SEBELUM TRANSAKSI SELESAI

Serahan Milikan Kosong (‘Delivery of Vacant Possession’) merupakan suatu klausa yang penting dalam setiap perjanjian jual beli.

 

Mengikut prosedur biasa yang selari dengan amalan guaman hartanah, serahan milikan kosong ini diberikan tempoh beberapa hari dan hanya akan diserahkan secara rasmi kepada pembeli setelah pindah milik berjaya didaftarkan di pejabat tanah dan baki harga jualan rumah diselesaikan oleh pihak pembeli sama ada melalui pembiayaan bank mahupun secara tunai.

 

Namun begitu, terdapat beberapa situasi di mana pembeli rumah sub-sale akan meminta kunci daripada penjual dan milikan kosong tersebut diserahkan lebih awal sebelum transaksi jual beli selesai. Misalnya, mereka memberikan alasan yang mereka sudah mula membayar ansuran pinjaman perumahan tersebut, tidak kurang juga yang beralasan mahu mengubahsuai rumah tersebut terlebih dahulu sebelum berpindah masuk dan sebagainya.

 

Tindakan pembeli meminta kunci rumah lebih awal ini sebenarnya bercanggah dengan peruntukan dalam perjanjian jual beli selain ianya juga akan mendedahkan pembeli kepada beberapa risiko termasuklah perjanjian jual beli tersebut berkemungkinan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kematian, kebakaran, lelongan dan lain-lain lagi.

 

Akhir kata, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari, bakal pembeli seharusnya membuat perancangan awal dengan memastikan sekurang-kurangnyadalam tempoh 3 hingga 6 bulan sepanjang transaksi jual beli tersebut, anda mempunyai tempat tinggal berserta wang secukupnya.

 

Bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat.

 

***Rencana ini merupakan suatu perkongsian untuk pengetahuan dan BUKAN bertujuan sebagai khidmat nasihat guaman. Sila dapatkan khidmat nasihat guaman daripada mana-mana peguam yang bertauliah dan berpengalaman, sekiranya perlu.



46 views0 comments

Recent Posts

See All

FITNAH & VIRAL DI MEDIA SOSIAL (BAHAGIAN II)

Melalui rencana bertajuk “FITNAH & VIRAL DI MEDIA SOSIAL (BAHAGIAN I)” yang lepas, kami telah berkongsi mengenai apa itu “fitnah” dan...

FITNAH & VIRAL DI MEDIA SOSIAL (BAHAGIAN I)

Zaman beralih musim berubah, kini dunia amat bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam zaman segala-galanya di hujung...

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
Post: Blog2_Post
bottom of page